TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PH nafi ganjaran wang untuk pengundi di PRN Negeri Sembilan

By
|
Kongsi
image

KUALA PILAH, 31 Julai — Pakatan Harapan (PH) menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam sebarang aktiviti pemberian wang atau sogokan kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa gabungan itu tidak pernah menggunakan pendekatan berasaskan wang sebagai kaedah berkempen, sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

"Kita tidak pernah terbabit dan tidak tahu-menahu mengenai operasi itu. Sepanjang pilihan raya di Johor dan pilihan raya sebelum ini, sama ada membabitkan kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat, kita bergerak dengan keupayaan dan kemampuan sebagaimana yang dilaksanakan," katanya.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, perbuatan memberi politik wang bukanlah satu amalan yang wajar dilakukan oleh mana-mana pihak atau parti politik.

Kenyataan berkenaan dibuat bagi mengulas dakwaan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa menerima ganjaran wang daripada 'broker' politik parti lawan.

+ - reset