TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia Airlines beri kerjasama penuh, jalankan semakan dalaman kes juruterbang disyaki seludup dadah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Malaysia Airlines menegaskan bahawa syarikat itu memandang serius dakwaan kesalahan penyeludupan dadah yang melibatkan seorang juruterbang mereka yang ditahan oleh pihak berkuasa di Indonesia, Selasa lalu.

Menerusi satu kenyataan rasmi, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan bahawa adalah tidak wajar untuk mengulas lanjut berhubung isu itu memandangkan siasatan rasmi masih sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Walau bagaimanapun, Malaysia Airlines memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkaitan, selaras dengan semua saluran undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

"Malaysia Airlines ingin menegaskan bahawa syarikat tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku. Pada masa sama, pihak kami sedang menjalankan semakan dalaman berhubung perkara ini," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu turut menambah bahawa aspek keselamatan, sekuriti, dan integriti operasinya sentiasa kekal menjadi keutamaan tertinggi.

Terdahulu, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan di Terminal 3, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta selepas pihak Kastam dan Cukai menemukan 15 paket besar mengandungi 70,114 kapsul ecstacy dan metamfetamin seberat kira-kira 25 kilogram melalui mesin pengimbas bagasi.

Siasatan awal pihak Polis Republik Indonesia (POLRI) mendapati suspek dipercayai menerima bayaran sebanyak RM50,000 untuk membawa bekalan bahan terlarang itu dari Kuala Lumpur ke Jakarta.

+ - reset