TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

RXZ langgar skuter hingga terbakar, 3 termasuk kanak-kanak cedera

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU 31 JULAI - Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dua motosikal jenis Yamaha RXZ dan skuter tidak dapat dikenal pasti model terbabit kemalangan sebelum terbakar berhampiran Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, di sini, hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Faizal Abu Bakar berkata, dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, RXZ terbabit terbakar kira-kira 80 peratus manakala skuter yang model dan nombor pendaftarannya gagal dikenal pasti musnah 100 peratus.

Menurutnya, bomba tiba di lokasi kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

"Ketika anggota tiba, kebakaran sudah dipadamkan oleh orang awam menggunakan semburan air paip.

"Seorang lelaki dewasa yang menunggang motosikal RXZ mengalami kecederaan pada tangan manakala penunggang skuter iaitu seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki turut cedera," katanya.

Beliau berkata, wanita dan kanak-kanak itu dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, anggota bomba kemudian melakukan pemeriksaan bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya selain tiada risiko nyalaan semula.

"Operasi dapat dikawal pada jam 12.05 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.

"Seramai 10 anggota BBP Kuala Terengganu terbabit dalam operasi dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya.

Sementara itu, menerusi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dipercayai merakam kejadian turut tersebar di media sosial.

Rakaman menunjukkan sebuah motosikal RXZ dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh motosikal lain.

+ - reset