Berita Berita
PH akui pengundi terpengaruh politik identiti, kempen perkauman antara punca kekalahan di Negeri Sembilan
SEREMBAN 2 Ogos – Pakatan Harapan (PH) mengakui politik identiti dan kempen berunsur perkauman yang mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan gabungan itu.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, situasi tersebut menyebabkan perbahasan mengenai prestasi pentadbiran serta manifesto yang dibawa PH sepanjang kempen gagal mendapat perhatian sewajarnya.
Menurut beliau, isu berkaitan prestasi kerajaan dan manifesto tidak lagi menjadi topik utama dalam kalangan pengundi apabila kempen lebih tertumpu kepada sentimen kaum dan identiti.
"Malangnya, manifesto bukan menjadi perbincangan, bukan menjadi topik perbincangan. Perbincangan lebih kepada sama ada ini Melayu atau bukan Melayu, sama ada anda menyokong DAP atau tidak.
"Saya rasa kebanyakan daripada anda telah melihat video kempen semalam yang mendakwa Pakatan Harapan tidak tahu mengucap kalimah syahadah.
"Saya fikir inilah cara politik identiti dimainkan di lapangan,” katanya semasa sidang media PH di sini pada Sabtu.
Amirudin berkata, PH telah berusaha menyampaikan mesej kepada pengundi menerusi media sosial, media arus perdana serta kempen dari rumah ke rumah, selain mengedarkan manifesto sepanjang tempoh berkempen.
Bagaimanapun, katanya, segala usaha itu tidak berjaya menjadikan manifesto sebagai fokus utama perbincangan sepanjang kempen pilihan raya.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan PH hanya memperoleh 11 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Negeri Sembilan kali ini.
Berita berkaitan
August 2, 2026, 11:36 pm
Peserta RXZ Members 8.0 maut langgar Triton, angka korban meningkat enam orang
August 2, 2026, 10:02 pm
Jasad pendaki legenda Nirmal Purja ditemukan pada ketinggian 5,700 meter di Broad Peak
August 2, 2026, 7:30 pm
Dikejar anjing liar, lelaki koma kepala terhentak di jalan selepas motosikal terbabas
August 2, 2026, 2:25 pm
Menang PRN, MB Negeri Sembilan umum cuti peristiwa esok
August 2, 2026, 1:39 pm
'Kalah, tapi Cina belum tinggalkan DAP' - Ti Lian Ker
August 2, 2026, 1:22 pm
Strategi Penyatuan Ummah Abdul Hadi terbukti masih relevan dalam PRN N Sembilan - PAS
August 2, 2026, 11:44 am
