Berita Berita
ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim MB Negeri Sembilan ke-12
SEREMBAN 2 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim sah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-12.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Istiadat turut disiarkan secara langsung melalui RTM.
Ismail yang kembali bertanding di DUN Juasseh, diumum menang dengan majoriti 4,323 undi menewaskan Mohd Zuhaimi Md Yusof (BERSATU) dan Mohd Aidil Abdullah (PH).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, menjadi ADUN Juasseh antara 2018 hingga Ogos 2023.
Selain Juasseh, beliau juga pernah menerajui DUN Senaling antara November 1999 hingga Mei 2018 dan sekali lagi sejak Ogos 2023.
Berita berkaitan
August 2, 2026, 11:36 pm
Peserta RXZ Members 8.0 maut langgar Triton, angka korban meningkat enam orang
August 2, 2026, 10:02 pm
Jasad pendaki legenda Nirmal Purja ditemukan pada ketinggian 5,700 meter di Broad Peak
August 2, 2026, 7:30 pm
Dikejar anjing liar, lelaki koma kepala terhentak di jalan selepas motosikal terbabas
August 2, 2026, 2:25 pm
Menang PRN, MB Negeri Sembilan umum cuti peristiwa esok
August 2, 2026, 1:39 pm
'Kalah, tapi Cina belum tinggalkan DAP' - Ti Lian Ker
August 2, 2026, 1:22 pm
