TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Menang PRN, MB Negeri Sembilan umum cuti peristiwa esok

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 2 Ogos - Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang baru mengangkat sumpah pagi tadi mengumumkan cuti umum bagi Negeri Sembilan, esok.

Beliau berkata, pengumuman itu sebagai menghargai semua pihak yang bertungkus lumus menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

"Sebagai menghargai komitmen rakyat dalam menghadapi PRN, saya mengumumkan cuti peristiwa esok," katanya, pada sidang media di Seri Menanti Resort, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, pagi tadi.

Ismail, 67, yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan menyempurnakan upacara angkat sumpah itu pada jam 11.37 pagi di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir

Turut menyaksikan istiadat itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama kedua anakanda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.

Hadir sama Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan serta wakil-wakil rakyat Negeri Sembilan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam, Ismail mengekalkan penguasaan BN di DUN Juasseh dan diumum menang dengan majoriti 4,323 undi menewaskan Mohd Zuhaimi Md Yusof (BERSATU) dan Mohd Aidil Abdullah (Pakatan Harapan).

+ - reset