TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Wong Chen hari ini, mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Rabu lalu.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, wakil rakyat PKR itu memaklumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa jam 5 petang ini.

Beliau berkata, tempoh selama tiga hari itu bertujuan memberi laluan kepada kakitangan Dewan Rakyat membuat persediaan bagi kekosongan luar jangka untuk Parlimen Subang.

"Kami (Chen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat) bersetuju tidak membuat sebarang makluman mengenai perkara ini sehingga jam 5 petang ini.

"Kita juga akan menurunkan gelaran Yang Berhormat pada mana-mana papan iklan dan platform berkaitan menjelang bulan depan.

"Saya juga akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan mengenai isu ini pada jam 11 pagi Rabu ini," katanya.

Dalam hantaran sama, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) itu turut memuat naik salinan surat peletakan jawatannya.

"Saya ingin mengemukakan secara rasmi peletakan jawatan saya sebagai ahli Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi Parlimen Subang secara sukarela, berkuat kuasa jam 5 petang, 10 Ogos ini.

"Notis ini disampaikan kepada Johari, selaras Perlembagaan Persekutuan dan bertarikh 5 Ogos lalu, bagi memberikan tempoh tiga hari bekerja kepada pentadbiran Parlimen untuk menguruskan proses serta dokumentasi berkaitan kekosongan berkenaan.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Johari serta seluruh warga Parlimen atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama selama tiga penggal saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen," katanya.

+ - reset