Berita Berita
Nenek muda dituduh bunuh cucu tiri berusia 16 bulan di Kota Tinggi
KOTA TINGGI, 12 Ogos – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh cucu tirinya yang berusia 16 bulan di Taman Sri Saujana, akhir bulan lalu.
Tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita berkenaan didakwa membunuh Nur Anggun Dahlia Abdullah antara jam 12.30 tengah hari pada 30 Julai hingga 9.30 pagi pada 31 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Afiqah Musa, manakala tertuduh diwakili peguam Lydiana Mansor. Mahkamah menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menanti laporan kimia, bedah siasat dan analisis DNA.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mendedahkan suspek ditahan selepas disyaki mendera bayi berkenaan hingga membawa maut. Bayi itu dijaga tertuduh sejak lahir memandangkan ibunya yang berusia 18 tahun masih menuntut di sebuah kolej vokasional.
Siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas tertuduh membuat laporan mendakwa mangsa meninggal dunia ketika tidur. Walau bagaimanapun, hasil bedah siasat mendapati punca kematian sebenar disebabkan trauma objek tumpul pada bahagian perut dan dada.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 6:06 pm
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah cipta tiga rekod baharu usia seabad
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:52 pm
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 4:10 pm
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 3:07 pm
Reman tiga pelarian Myanmar kes rogol wanita OKU disambung lima hari
August 12, 2026, 2:42 pm
RM6,000 modal warga Myanmar untuk masuk Malaysia secara haram melalui laluan laut
August 12, 2026, 2:05 pm
