Berita Berita
Anwar kongsi gambar terbaharu selepas rawatan, junjung kasih kurniaan Agong
SHAH ALAM, 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi gambar terbaharu beliau selepas menjalani rawatan sambil ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Selasa.
Melalui satu hantaran di laman Facebook, Anwar meluahkan rasa terharu dan penghargaan atas sokongan berterusan daripada isterinya sepanjang beliau menerima rawatan.
“Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah, kerana sentiasa di sisi,” tulis beliau.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan rasa junjung kasih atas sejambak bunga kurniaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena ulang tahun kelahirannya, serta sebagai tanda ingatan dan doa bagi kesembuhan beliau.
“Menjunjung kasih... atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya. Dirgahayu Tuanku!” katanya.
Anwar dilaporkan kini masih berada dalam tempoh menjalani rawatan susulan selepas selesai menyempurnakan satu prosedur pembedahan.
Berita berkaitan
August 12, 2026, 6:06 pm
Tun M, Dr Siti Hasmah cipta sejarah cipta tiga rekod baharu usia seabad
August 12, 2026, 5:59 pm
Pemandu lori sampah ditahan susulan kemalangan hempap tiga kenderaan di Pantai Hillpark
August 12, 2026, 5:52 pm
Laporan RCI Tabung Haji: Polis rakam keterangan 134 saksi, kesan 14 lagi di Indonesia
August 12, 2026, 5:47 pm
KKM saran tangguh aktiviti fizikal luar jika IPU melebihi 100
August 12, 2026, 4:10 pm
Mahkamah Kulim kecoh, dua OKT terlepas, seorang turun ikut tiang aras satu
August 12, 2026, 3:42 pm
Penjual burger didakwa rogol budak 12 tahun dalam kereta baru sehari kenal
August 12, 2026, 3:07 pm
Reman tiga pelarian Myanmar kes rogol wanita OKU disambung lima hari
August 12, 2026, 2:42 pm
RM6,000 modal warga Myanmar untuk masuk Malaysia secara haram melalui laluan laut
August 12, 2026, 2:05 pm
