Berita Berita
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Prasarana Malaysia Berhad menerusi Rapid KL mengesahkan seorang penumpang dipercayai mengalami pitam sebelum terjatuh ke kawasan landasan di Stesen LRT Gombak kira-kira jam 9.05 pagi Khamis.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan serta-merta dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan seketika sebagai langkah keselamatan asas.
Langkah kecemasan itu membolehkan pasukan operasi stesen bersama Polis Bantuan menjalankan tindakan menyelamat dengan kadar segera.
"Penumpang terbabit berjaya dibantu keluar dari kawasan landasan sebelum dibawa ke bilik kecemasan stesen untuk rawatan awal sementara menunggu ketibaan ambulans.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media.
Rapid KL turut mengesahkan pemeriksaan rapi telah dijalankan dan landasan berada dalam keadaan selamat sebelum perkhidmatan tren kembali beroperasi sepenuhnya pada jam 9.12 pagi.
Pihak pengurusan perkhidmatan awam berkenaan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk saluran media sosial rasmi Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan mereka.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:58 pm
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
August 13, 2026, 5:22 pm
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:58 pm
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
