Berita Berita
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
SHAH ALAM 13 OGOS — Pemuda berusia 24 tahun, Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shahrom, tampil menafikan pembabitannya dalam kematian seekor anjing bernama Rocky yang tular di media sosial baru-baru ini, sekali gus menyebabkannya menjadi mangsa buli siber, kecaman melampau serta ugutan bunuh.
Menerusi satu sidang media #Justiceforshah yang diadakan di Bukit Jelutong, Muhammad Shah menegaskan bahawa dia hadir pada malam insiden di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu semata-mata bagi menjalankan tugas yang diamanahkan dan langsung tidak berniat mencederakan atau membunuh haiwan berkenaan.
Sidang media itu turut dihadiri pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, serta barisan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, Mahmud Jumaat dan Akif Rusli.
Peguam Muhammad Rafique menjelaskan bahawa anak guamnya hadir sebagai wakil penduduk selepas dijemput secara bertulis oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Sama Gagah untuk membantu operasi rasmi Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Semua peserta yang terdiri daripada kira-kira 50 penduduk telah diberi taklimat penuh oleh anggota MBDK, selain alat penjerut leher (loop) yang digunakan turut dibekalkan oleh pihak berkuasa tempatan tersebut dan bukannya milik peribadi Muhammad Shah.
Menurutnya lagi, kekecohan pada malam kejadian berpunca apabila seorang wanita yang mengaku sebagai pemilik anjing berkenaan bertindak memeluk serta duduk di atas badan Rocky yang masih hidup bagi menghalang haiwan itu dibawa pergi.
Kejadian itu mencetuskan situasi tegang dan tarik-menarik ketika alat loop masih berada pada leher haiwan tersebut.
Daripada 13 ekor anjing yang ditangkap dalam operasi malam berkenaan, 12 daripadanya berjaya ditangkap tanpa sebarang kecederaan dan hanya Rocky yang disahkan mati berikutan insiden kekecohan itu.
Pihak peguam turut menyelar penyebaran video yang telah disunting serta sekeping gambar imbasan X-ray palsu yang mendakwa tulang belakang anjing tersebut patah akibat dipukul.
Ekoran penyebaran maklumat tidak tepat itu, identiti Muhammad Shah didedahkan secara meluas hingga menerima tekanan emosi yang amat berat.
Susulan tindakan buli siber dan provokasi berterusan, pasukan peguam kini sedang mendokumentasikan semua komen berbaur ugutan serta fitnah di platform media sosial.
Pihaknya menegaskan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang sivil, termasuk saman fitnah, terhadap individu atau portal yang bertanggungjawab demi menuntut keadilan buat Muhammad Shah.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:58 pm
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:58 pm
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 2:00 pm
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
