Berita Berita
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kepakaran Malaysia dalam sektor kesihatan mendapat perhatian Republik Naoero apabila Qualitas Medical Group dijemput membantu merombak dan memperkukuh sistem penyampaian kesihatan negara kepulauan di Pasifik itu.
Jemputan tersebut dibincangkan dalam pertemuan bersama Presiden Republik Naoero, His Excellency David W. R. Adeang, hari ini.
Mewakili Qualitas Medical Group ialah Datuk Dr Noorul Ameen Mohamed Ishack, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Qualitas Medical Group.
Kerjasama itu berpotensi menyaksikan kepakaran Qualitas Medical Group Malaysia dibawa ke Naoero, termasuk kemungkinan menghantar tenaga pakar bagi menyertai pasukan yang akan membantu melaksanakan usaha transformasi sistem kesihatan negara berkenaan.
Menurut Dr Ameen, usaha itu turut membuka ruang kepada Malaysia untuk berkongsi kepakaran dalam bidang kesihatan di peringkat antarabangsa, selain memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua negara.
"Insya-Allah, kepakaran Malaysia terus memberi manfaat melangkaui sempadan," katanya.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:58 pm
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
August 13, 2026, 5:22 pm
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 2:00 pm
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
