Berita Berita
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu mangsa di Kota Bharu
KOTA BHARU 13 Ogos - Seorang guru lelaki berusia 54 tahun ditahan polis selepas disyaki memukul pelajar lelaki berusia 14 tahun sebelum menampar ibu pelajar berkenaan dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa, 42, pada hari sama.
Menurutnya, kejadian membabitkan pelajar terbabit berlaku di sebuah sekolah menengah pada Selasa lalu.
"Pada hari keesokannya, wanita terbabit pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian itu, namun guru berkenaan dipercayai menamparnya ketika pertemuan itu," katanya kepada BERNAMA hari ini.
Mazlan berkata, suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:38 pm
Tiada bukti Zaharif digilis kenderaan Deputi Superintenden Mohd Nazri - Peguam
August 13, 2026, 5:22 pm
Kes anjing Rocky: Muhammad Shah nafi terbabit, jadi mangsa buli hingga terima ugutan bunuh
August 13, 2026, 3:39 pm
Taktik sorok dalam kotak permainan tak menjadi, Kastam rampas ganja RM4.83 juta di KLIA
August 13, 2026, 2:58 pm
Qualitas sedia bantu rombak sistem kesihatan Republik Naoero, tawar kepakaran sedia ada
August 13, 2026, 2:07 pm
Pelaburan KWAP dalam e-Fishery: SPRM belum temui unsur rasuah, penyelewengan
August 13, 2026, 2:03 pm
“Selepas Ahad kita bercakap…” – Anthony Loke terus berteka-teki soal kedudukan dalam Kerajaan
August 13, 2026, 2:00 pm
Penumpang pitam terjatuh ke landasan LRT Gombak, operasi tren kembali pulih
August 13, 2026, 1:55 pm
PH yakin DAP kekal bersama Kerajaan MADANI
August 13, 2026, 1:55 pm
