TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Rider superbike' tumbuk kereta warga emas sebab terpaksa guna laluan kecemasan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 OGOS - Tular di media sosial seorang wanita merasa kesal atas tindakan penunggang motosikal yang menumbuk cermin sisi keretanya sehingga patah.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) itu disebabkan ayahnya yang juga warga emas berusia 61 tahun tidak tahan untuk membuang air kecil selepas tersangkut dalam kesesakan lalu lintas hampir dua jam.

Menurut Azira Atikah, bapanya yang dipercayai memandu kenderaan itu terpaksa masuk ke laluan kecemasan untuk berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) berdekatan.

Namun sebelum tiba di R&R berdekatan, seorang penunggang motosikal bertindak mendekati kenderaan mereka dari bahagian belakang sambil memulas minyak.

Tidak selesai disitu, menerusi rakaman Atikah, penunggang motosikal itu sempat menumbuk cermin sisi kereta yang dipandu warga emas itu sehingga patah sebelum memecut laju melarikan diri.

"Kami tersangkut dekat 'highway' hampir dua jam 'PLUS highway' dari Selatan ke KL. Ayah saya umur dah 61 tahun, tak tahan nak pergi tandas, kami terpaksa ikut jalan 'emergency' 1km sahaja ke R&R terdekat. 

"Motor ini marah, tumbuk 'side mirror' sampai patah. 'Emergency lane' pun bukan laluan untuk motor pun. Ayah aku warga emas dah sangkut dekat jem lama, dah tak tahan nak ke tandas . Please la be considerate," katanya di media sosial.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengecam tindak penunggang motosikal tersebut sambil mendakwa laluan keceman bukan hak istimewa kenderaan dua roda itu.

+ - reset