TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tak ada siapa punya', sekumpulan lelaki buat kerja buang jualan sireh warga asing

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 OGOS - Tular sekumpulan lelaki bertindak membuang semua bahan-bahan jualan daun sireh haram warga asing telah mendapat pujian orang ramai.

Pengguna media sosial, Fhairul Fizzy Fuyyo, mendakwa seorang warga asing tidak mengaku perniagaan itu miliknya sebelum mereka bertindak membuang segala barangan jualan.

Menurut Fhairul, penjualan sireh di kaki lima itu telah melanggar peraturan pihak berkuasa sambil menambah makanan tersebut mengotorkan kawasan.

"Kau (warga asing) tak nak mengaku kau punya kami skuad langgar buang dalam tong sampah.

"Apa susah budaya makan sirih meludah merata-rata bukan budaya kami, kamu juga tak boleh jual di kaki lima," katanya.

Tindakan sekumpulan lelaki itu sekali gus mendapat pujian ramai agar individu-individu warga asing dapat menghormati undang-undang.

+ - reset