Berita Viral
Pemandu kereta 4x4 nyaris langgar pelancong lepas langgar lampu merah di KL
KUALA LUMPUR 15 OGOS - Sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Ford Ranger mencetuskan kemarahan ramai apabila bertindak melanggar lampu isyarat merah sehingga nyaris melanggar sekumpulan pelancong asing yang sedang melintas jalan di ibu negara.
Kejadian berani mati itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain pada 13 Ogos lalu, kira-kira jam 3.56 petang, sebelum tular di media sosial.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, kenderaan 4x4 berwarna kelabu itu dilihat terus memecut lalu melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lintasan pejalan kaki.
Pada masa sama, kelihatan beberapa pelancong asing baru sahaja melangkah di atas lintasan pejalan kaki selepas lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.
Kehadiran kenderaan berkenaan secara tiba-tiba memaksa pejalan kaki terbabit berhenti seketika dalam keadaan terkejut bagi mengelakkan daripada dirempuh.
Tindakan pemandu 4x4 yang melanggar undang-undang jalan raya demi mengejar masa itu bukan sahaja membahayakan nyawa pelancong berkenaan, malah boleh menjejaskan imej negara di mata pelawat luar.
Sehingga kini, rakaman berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas serta mengesan pemandu terbabit berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang jelas kelihatan dalam rakaman tersebut.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:38 pm
Niat baik 'content' bersih kubur Rohingya dikecam orang ramai
August 15, 2026, 10:53 am
Warga tempatan pukul Rohingya di Kemaman ditahan polis?
August 14, 2026, 7:28 pm
'Biar orang tahu mereka tak terkawal', lelaki tangkap budak Rohingya bawa motosikal
August 14, 2026, 3:52 pm
'Tak ada siapa punya', sekumpulan lelaki buat kerja buang jualan sireh warga asing
August 14, 2026, 9:29 am
'Rider superbike' tumbuk kereta warga emas sebab terpaksa guna laluan kecemasan
August 13, 2026, 2:15 pm
'Tak kira apa kaum' tindakan berani orang awam selamatkan 2 beradik dalam kebakaran di Klang
August 13, 2026, 8:13 am
'Kenapa tak call polis', lelaki dipercayai pukul teman wanita di tepi jalan Seri Kembangan
August 12, 2026, 5:25 pm
'Saya daripada atas', warga asing 'menganjing' rakyat Malaysia bila disoal datang dari mana
August 12, 2026, 9:35 am
