TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Biar orang tahu mereka tak terkawal', lelaki tangkap budak Rohingya bawa motosikal

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 OGOS - Seorang lelaki berkongsi video berjaya menangkap kanak-kanak Rohingya menunggang motosikal tanpa lesen dan helmet di jalan raya Johor.

Menerusi perkongsian Zaha Azha, kedua-dua budak Rohingya itu menunggang motosikal di jalan besar sebelum menahan mereka supaya memberhentikan kenderaan.

Lelaki itu turut menyuruh kedua-dua budak Rohingya itu untuk tuntun motosikal mereka sehingga ke rumah.

Tindakan lelaki itu mendapat pujian orang ramai kerana menghalang orang tidak bersalah di atas jalan raya menjadi mangsa dua budak Rohingya itu.

"Humban sahaja motosikal itu ke dalam parit, jangan nak kesian-kesian siap kena iring bagai," kata seorang pengguna.

"Bagus abang, ayuh bagi sokongan ramai-ramai atas usaha orang kita kawal puak-puak hanyut ini," ujar pengguna lain.

"Suruh mereka tolak sampai negara mereka pun tak apa," jelas seorang lagi pengguna.

+ - reset