TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga tempatan pukul Rohingya di Kemaman ditahan polis?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 OGOS - Satu perbincangan hangat tercetus di media sosial susulan perkongsian daripada @babyangelaa97 yang mendakwa beberapa individu tempatan ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul warga etnik Rohingya di Kemaman, Terengganu.

Perkongsian tular berkenaan mengaitkan tindakan pihak polis itu dengan insiden kemarahan penduduk setempat dipercayai berikutan kes jenayah melibatkan suspek etnik Rohingya yang merogol seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU)  di Kampung Enjin Gergaji, Chukai baru-baru ini. 

Kejadian yang mencetuskan kemarahan awam itu sebelum ini menyaksikan perhimpunan penduduk tempatan sehingga berlaku pergelutan fizikal sebelum pihak berkuasa tiba untuk mengawal keadaan dan menahan suspek utama.

Walaupun tindakan penduduk berpunca daripada rasa amarah dan niat mempertahankan keselamatan kawasan sekitar, tindakan fizikal melampau atau mengambil undang-undang di tangan sendiri tetap menyalahi undang-undang. 

Mana-mana individu yang didapati terlibat dalam perbuatan merusuh atau mencederakan suspek boleh disiasat dan berdepan tindakan tegas di bawah Kanun Keseksaan.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tentang insiden tular itu.

+ - reset