TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Niat baik 'content' bersih kubur Rohingya dikecam orang ramai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 OGOS - Tular di media sosial niat baik sekumpulan pembersih warga Rohingya di sebuah kawasan perkuburan dikecam orang ramai.

Warga Rohingya itu dipercayai menubuhkan komuniti bernama Arakan Amal untuk menawarkan servis pembersihan di sekitar negara ini.

Meskipun tujuan utama komuniti itu baik kerana ingin membersihkan kawasan terbiar, namun mereka tidak mendapat sambutan positif dalam kalangan warga tempatan.

Ini kerana rata-rata melontarkan komen mahu Rohingya pulang ke negara asal dan berhenti memainkan sentimen emosi untuk meraih simpati.

Sebuah video dimuat naik oleh Arakan Amal memperlihatkan mereka sedang membersihkan kawasan perkuburan telah mendapat kecaman kerana memijak pangkin kubur yang  berada di situ.

Menurut Ruheem.my, dia tidak memaafkan Rohingya yang menyalahgunakan empati untuk memerangkap emosi dan hubungan sosial masyrakat di Malaysia.

"Jangan ganggu masyarakat melayu, cina, india dan lain-lain etnik di kubur dan jangan pijak kubur atuk nenek kami," katanya.

Sehingga kini tiada penjelasan daripada pihak berkuasa sama ada komuniti yang dibina itu sah daripada undang-undang Malaysia atau pun tidak.

+ - reset