TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Kalau duit Tabung Haji pun berani rembat, apatah lagi duit lain' - Ridhuan Tee mahu pemakan duit haram dihukum mati

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggesa tindakan tegas termasuk hukuman berat dikenakan terhadap pihak yang didapati menyeleweng atau mengambil wang pendeposit Tabung Haji (TH).

Beliau berkata, perbuatan mengambil wang yang dikumpulkan hasil titik peluh masyarakat untuk tujuan ibadah haji tidak seharusnya dipandang ringan.

“Sudah sampai masanya perasuah atau pemakan duit Tabung Haji dihukum mati atau penjara seumur hidup.

“Bayangkan, kalau duit susah payah orang kampung menabung dalam TH pun mereka berani rembat, bagaimana pula dengan duit-duit lain.

“Jangan mimpilah negara bertuah ini dapat membangun dengan cepat, kalau dapat barua-barua mcm ini,” katanya menerusi satu hantaran.

Ridhuan turut menegaskan bahawa sebarang bentuk penyelewengan membabitkan dana awam perlu ditangani secara serius bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap institusi berkaitan terus terpelihara.

Kenyataannya itu turut menyentuh kepentingan memastikan wang yang diamanahkan rakyat, khususnya simpanan untuk tujuan ibadah haji, diurus secara telus dan bertanggungjawab.

Ridhuan sebelum ini turut lantang menyuarakan pandangan mengenai isu rasuah dan salah guna dana, termasuk menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penyelewengan dana. 

+ - reset