TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh

By
|
Kongsi
image

SUBANG 15 OGOS - Semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, di sini, digantung selepas sebuah helikopter Kamov Ka-32S terbakar ketika menjalani ujian enjin di darat, hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan, helikopter berdaftar UR-CIT itu terbakar kira-kira jam 12.28 tengah hari ketika menjalani ujian enjin sebagai sebahagian daripada kerja penyelenggaraan.

“Landasan lapangan terbang ditutup susulan kejadian itu, manakala semua penerbangan dari dan ke lapangan terbang berkenaan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

“Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing,” menurut CAAM menerusi satu kenyataan.

Kejadian itu akan disiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan empat individu berjaya menyelamatkan diri selepas helikopter berkenaan terbakar ketika sedang membuat persiapan untuk berlepas bagi menjalani ujian enjin selepas kerja-kerja pembaikan.

Pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

+ - reset