Berita Berita
Helikopter bawa 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang
SUBANG 15 Ogos – Sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, empat individu dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.
![]()
Keadaan di lokasi kejadian kebakaran sebuah helikopter di sini pada Sabtu.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tiga kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah helikopter terbakar sepenuhnya.
![]()
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sini pada Sabtu
"Kerja-kerja pemadaman turut dilakukan pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota bomba yang bertugas bagi mengawal kebakaran," katanya.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:41 pm
Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh
August 15, 2026, 12:10 pm
Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang
August 15, 2026, 11:31 am
'RM12 bilion hilang dalam TH, memang ada sakau!' – Anwar
August 15, 2026, 10:32 am
Mahasiswa mahu kebebasan, Anwar umum AUKU akhirnya dimansuhkan selepas 55 tahun
August 15, 2026, 8:52 am
Tragedi subuh, 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Muadzam Shah
August 15, 2026, 5:49 am
Dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui selamat di Pasar Seni - Asyraf Wajdi
August 14, 2026, 8:29 pm
