Berita Berita
Dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui selamat di Pasar Seni - Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang baru-baru ini ditemui di sekitar Central Market (Pasar Seni), di sini, malam tadi.
Perkara itu disahkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki awal pagi hari ini.
"Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur pukul 10.31 malam tadi (semalam)," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, Asyraf Wajdi memohon orang ramai mendoakan dua pelajar MRSM Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang supaya ditemukan semula dengan selamat.
Beliau menerusi hantaran di media sosial berkata, doa orang ramai amat diharapkan supaya pelajar Siti Nur Aaira dan Nur Aisy Humaira kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:41 pm
Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh
August 15, 2026, 2:19 pm
Helikopter bawa 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang
August 15, 2026, 12:10 pm
Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang
August 15, 2026, 11:31 am
'RM12 bilion hilang dalam TH, memang ada sakau!' – Anwar
August 15, 2026, 10:32 am
Mahasiswa mahu kebebasan, Anwar umum AUKU akhirnya dimansuhkan selepas 55 tahun
August 15, 2026, 8:52 am
Tragedi subuh, 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Muadzam Shah
August 14, 2026, 8:29 pm
