Berita Berita
'Event Full Marathon boleh tutup lebuhraya selama 12 jam okay je, kenapa kami tak boleh?' - Penganjur RXZ Members
KUALA TERENGGANU 15 Ogos - Penganjur RXZ Members menjelaskan cadangan penutupan sementara Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi penganjuran program berkenaan bukan bertujuan menyusahkan pengguna jalan raya, sebaliknya dikemukakan sebagai antara cadangan penambahbaikan hasil sesi libat urus bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah Program RXZ Members, Mohd Lukhman Hassan berkata, pihaknya hanya mahu memberi gambaran bahawa terdapat penganjuran acara lain yang turut membabitkan penutupan jalan dan lebuh raya.
"Event Full Marathon boleh tutup jalan negeri dan persekutuan selama 12 jam okay je. Kenapa kami tak boleh. Kami pembayar roadtax. Runner bayar roadtax juga ke?.
"Tapi actually (sebenarnya) kami taknak pom (pun). Cume nak bagitau, Malaysia boleh dan ada event yang menutup lebuh raya," jelasnya menerusi hantaran di laman sosialnya pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan penganjur RXZ Members akan membuat permohonan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) agar Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 ditutup seketika bagi memberi laluan kepada peserta program berkenaan pada masa akan datang.
Menurut Mohd Lukhman, perkara itu adalah antara cadangan penambahbaikan yang dikemukakan pihaknya ketika sesi libat urus bersama JPJ pada Khamis.
Jelasnya, cadangan berkenaan pada asalnya dikemukakan pihak LLM sebelum pihaknya menyambutnya secara berseloroh.
Mengulas isu cadangan pendaftaran peserta bersama gambar kenderaan pula, beliau berkata pihaknya terbuka menerima cadangan berkenaan, namun berdepan kekangan dari segi kemampuan untuk meluluskan spesifikasi kenderaan.
"Cadangan pendaftaran bersama gambar, kami okay (setuju). Terima cadangan, tapi kemampuan untuk meluluskan spesifikasi kenderaan yang boleh daftar dan tak boleh daftar kami tiada. Kalau ada pihak yang nak tolong, boleh saja.
"Select (pilih) 100,000 pendaftaran kalau tak lulus komen terus apa yang perlu diubah kemudian follow up sentiasa rider tersebut sehingga lulus. Sebab itu sesi libat urus diperlukan lagi selepas ini jika ingin melaksanakan. Macam nok (nak) masuk Puspakom sekmung (awak) lepas ni kena booking," ujarnya.
Dalam hantaran sama, beliau turut menegaskan pendirian prinsip penganjur serta komuniti berkenaan dalam mendepani pelbagai reaksi awam.
"Satu saja nk ingatkan, kami bangsa Rxz. Menunduk tanda hormat. Tapi tidak membenarkan orang memijak. Jika dipijak, kami pasti melawan.
"Kami hanya boleh dibeli dengan respect (penghormatan) dan juga 'malu mato', Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau pound sterling mungkin Man amik," tulisnya berseloroh.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:41 pm
Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh
August 15, 2026, 2:19 pm
Helikopter bawa 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang
August 15, 2026, 12:10 pm
Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang
August 15, 2026, 11:31 am
'RM12 bilion hilang dalam TH, memang ada sakau!' – Anwar
August 15, 2026, 10:32 am
Mahasiswa mahu kebebasan, Anwar umum AUKU akhirnya dimansuhkan selepas 55 tahun
August 15, 2026, 8:52 am
Tragedi subuh, 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Muadzam Shah
August 15, 2026, 5:49 am
Dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui selamat di Pasar Seni - Asyraf Wajdi
August 14, 2026, 8:29 pm
