Berita Berita
'RM12 bilion hilang dalam TH, memang ada sakau!' – Anwar
MELAKA 15 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan memang berlaku perbuatan "sakau" dalam Lembaga Tabung Haji (TH), susulan kehilangan dana berbilion ringgit yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi berkenaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, istilah "sakau" tidak sepatutnya dielakkan atau dipersoalkan sekiranya fakta menunjukkan berlaku kehilangan wang dalam institusi yang diamanahkan mengurus simpanan umat Islam.
"Ada orang tidak suka istilah sakau. Saya nak ulang di Melaka ini memang ada sakau dalam Tabung Haji. RM12 bilion hilang, bukan sakau?... memang ada sakau," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026, di sini hari ini.
Menurut Anwar, tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang politik.
Beliau berkata, kesan daripada perbuatan segelintir individu akhirnya terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat.
"Yang menyakau itu sesetengah sahaja, tetapi yang terpaksa bayar dan tanggung, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama," katanya.
Berita berkaitan
August 15, 2026, 3:41 pm
Helikopter terbakar semua penerbangan di Subang ditangguh
August 15, 2026, 2:19 pm
Helikopter bawa 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang
August 15, 2026, 12:10 pm
Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang
August 15, 2026, 10:32 am
Mahasiswa mahu kebebasan, Anwar umum AUKU akhirnya dimansuhkan selepas 55 tahun
August 15, 2026, 8:52 am
Tragedi subuh, 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Muadzam Shah
August 15, 2026, 5:49 am
Dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui selamat di Pasar Seni - Asyraf Wajdi
August 14, 2026, 8:29 pm
