TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengurusan MARA diarah semak SOP bawa pelajar ke klinik lepas 2 pelajar hilang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 OGOS - Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diminta menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) membawa pelajar ke klinik susulan insiden dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah dilaporkan hilang selama empat hari.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata siasatan penuh perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, selain memastikan insiden seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

“Apa pun faktor yang mendorong dua pelajar MRSM Alor Gajah ‘hilang’ empat hari, saya sudah minta Pengurusan MARA untuk semak SOP bawa pelajar ke klinik supaya tiada lagi insiden serupa berulang masa akan datang.

“Siasatan penuh mesti dibuat,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf memaklumkan dua pelajar terbabit, masing-masing berusia 16 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu, ditemukan selamat di Pasar Seni, di sini, malam tadi.

“Siasatan penuh mesti dibuat,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf memaklumkan dua pelajar terbabit, masing-masing berusia 16 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu, ditemukan selamat di Pasar Seni, di sini, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang guru kira-kira jam 10.46 malam berhubung kehilangan dua pelajar Tingkatan Empat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, dilaporkan berkata sebelum ditemukan, lokasi terakhir kedua-dua pelajar itu dikesan adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini.

+ - reset