Berita Dunia
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
WASHINGTON 15 OGOS - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada wilayah negara itu selepas Iran dikalahkan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan politik di sebuah akademi polis di New York, semalam.
“Selepas kita selesai mengalahkan Iran, yang sedang dikalahkan dengan teruk.
Tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS,” katanya.
Trump bersama Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari lalu, dengan mendakwa untuk menamatkan program nuklear negara itu.
Bagaimanapun, Iran bertindak balas dengan menguasai secara de facto sebahagian besar Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran tenaga dan komoditi global.
AS kini masih berdepan penyelesaian buntu dengan Iran berhubung selat berkenaan,
setelah negara itu menafikan akses kepada sebahagian besar kapal perdagangan awam.
Tentera Laut AS urut melaksanakan sekatan terhadap pelabuhan Iran dalam usaha melumpuhkan ekonominya.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
