Berita Berita
SPM 2026 bermula 26 Oktober hingga 1 Disember
PUTRAJAYA 18 Ogos – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 17 Disember ini dengan 420,879 calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan tersebut.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, peperiksaan berkenaan akan diadakan di 3,334 pusat di seluruh negara.
Bagaimanapun katanya, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.
“Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.
“Ujian Amali Sains pula dijadualkan pada 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember.
“Bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu, ia dijadualkan pada 30 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Berita berkaitan
August 18, 2026, 8:11 pm
'Jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding' - Akmal Saleh
August 18, 2026, 7:00 pm
Penantian 25 tahun berakhir, isu loji kumbahan Taman Berlian akhirnya digerakkan
August 18, 2026, 4:50 pm
Barang kemas RM1.74 juta dilarikan penyamun di Genting Highlands
August 18, 2026, 4:10 pm
Ketukan misteri tengah malam di Langgar: Siapa pelakunya?
August 18, 2026, 4:02 pm
Misteri 'bagasi pink' cetus gempar di sempadan Bukit Kayu Hitam
August 18, 2026, 3:47 pm
Kerajaan MADANI mula proses libat urus Belanjawan 2027, Anwar mahu dengar pandangan rakyat
August 18, 2026, 3:37 pm
Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi baharu MRT Corp
August 18, 2026, 3:18 pm
