Berita Berita
Kematian 'Rocky', warganet mahu 'pemilik' anjing juga didakwa di mahkamah
KLANG, 18 Ogos – Reaksi hangat terus tercetus di media sosial berhubung insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama 'Rocky', apabila majoriti netizen tampil meletakkan kesalahan ke atas pemilik haiwan berkenaan berbanding individu yang didakwa menyebabkan kematian haiwan tersebut.
Tinjauan mendapati pengguna media sosial menyifatkan punca utama kekecohan berlaku disebabkan sikap pemilik yang tidak bertanggungjawab serta tidak mematuhi undang-undang pelesenan haiwan.
Pengguna Facebook, Mohd Nazri Salleh menegaskan bahawa pemilik haiwan itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
"Rocky tak salah, penguat kuasa pun tak salah, yang bersalah sebenar 'pemilik' anjing yang tak berlesen. Konon 'pemilik', tak ada hak tapi masih play victim," katanya.
Dalam pada itu, beberapa pengguna lain turut mempersoalkan mengapa tindakan tidak dikenakan terhadap pihak yang mengganggu penjawat awam ketika sedang menjalankan tugas rasmi.
Seorang lagi pengguna, Abu Aliya mempertanyakan situasi berkenaan sambil menyelar gangguan terhadap operasi penguatkuasaan.
"Anjing punya pasal. Yang ganggu kerja penjawat awam kenapa tidak didakwa?" katanya.
Pandangan sama turut disuarakan oleh Yusoff Mohd Desa yang menjelaskan bahawa operasi tersebut pada asalnya berjalan lancar sebelum berlaku sebarang kekecohan.
"Tangkap 12 ekor anjing semuanya hidup dan selamat. Bila ada seekor anjing diganggu oleh manusia lain hingga menyebabkan kematian," katanya.
Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial sebelum ini selepas sebuah video mendakwa lelaki berkenaan bertindak kejam hingga menyebabkan kematian anjing tersebut di Taman Telok Gedong Indah di sini pada 29 Julai lalu.
Pemuda terbabit, Muhammad Shah Hizam, 24, turut mendakwa menerima pelbagai ancaman keselamatan terhadap diri dan keluarganya susulan penularan video berkenaan.
Muhammad Shah bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis ini selepas menerima saman daripada pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Peguam beliau, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan akan hadir bersama anak guamnya pada jam 9 pagi, 20 Ogos ini bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah.
Berita berkaitan
August 18, 2026, 8:11 pm
'Jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding' - Akmal Saleh
August 18, 2026, 7:00 pm
Penantian 25 tahun berakhir, isu loji kumbahan Taman Berlian akhirnya digerakkan
August 18, 2026, 4:50 pm
Barang kemas RM1.74 juta dilarikan penyamun di Genting Highlands
August 18, 2026, 4:10 pm
Ketukan misteri tengah malam di Langgar: Siapa pelakunya?
August 18, 2026, 4:02 pm
Misteri 'bagasi pink' cetus gempar di sempadan Bukit Kayu Hitam
August 18, 2026, 3:47 pm
Kerajaan MADANI mula proses libat urus Belanjawan 2027, Anwar mahu dengar pandangan rakyat
August 18, 2026, 3:37 pm
Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi baharu MRT Corp
August 18, 2026, 3:14 pm
