Berita Berita
'Jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding' - Akmal Saleh
MELAKA 18 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk bekerjasama.
Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerana prinsip perjuangan lebih diutamakan berbanding keinginan untuk memegang jawatan sebagai wakil rakyat.
“Kata UMNO bermuka-muka. Kata UMNO tikam kawan tapi UMNO juga yang dicari.
“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan PH terbuka untuk membincangkan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
Memetik laporan berkenaan, Saifuddin berkata perkara itu berkemungkinan dibincangkan selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pulang ke tanah air pada Rabu.
Dalam pada itu, Akmal yakin BN mampu mengekalkan penguasaan di Melaka tanpa perlu bekerjasama dengan PH.
“Insya-ALLAH Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.
Berita berkaitan
August 18, 2026, 7:00 pm
Penantian 25 tahun berakhir, isu loji kumbahan Taman Berlian akhirnya digerakkan
August 18, 2026, 4:50 pm
Barang kemas RM1.74 juta dilarikan penyamun di Genting Highlands
August 18, 2026, 4:10 pm
Ketukan misteri tengah malam di Langgar: Siapa pelakunya?
August 18, 2026, 4:02 pm
Misteri 'bagasi pink' cetus gempar di sempadan Bukit Kayu Hitam
August 18, 2026, 3:47 pm
Kerajaan MADANI mula proses libat urus Belanjawan 2027, Anwar mahu dengar pandangan rakyat
August 18, 2026, 3:37 pm
Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi baharu MRT Corp
August 18, 2026, 3:18 pm
Kematian 'Rocky', warganet mahu 'pemilik' anjing juga didakwa di mahkamah
August 18, 2026, 3:14 pm
