Berita Berita
Misteri 'bagasi pink' cetus gempar di sempadan Bukit Kayu Hitam
SUNGAI PETANI, 18 Ogos – Pihak polis sedang mengesan pemilik sebuah bagasi berwarna merah jambu yang ditinggalkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sehingga mencetuskan kegemparan awal baru-baru ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan lanjut oleh pihak forensik mendapati bagasi berkenaan tidak mengandungi sebarang bahan letupan, sebaliknya hanya berisi barangan harian seperti pakaian wanita, alat kosmetik, pengering rambut dan ubat gigi.
"Kita masih menyiasat bagi mengenal pasti pemiliknya serta tujuan ia ditinggalkan. Dalam konteks kejadian ini, tiada sebarang ugutan, nota ancaman atau panggilan bom diterima.
"Namun, keadaan beg yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan menyebabkan proses imbasan dibuat sehingga mendatangkan kegemparan," katanya kepada pemberita pada program di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa.
Adzli turut menjelaskan bahawa tiada sebarang dokumen identiti ditemukan di dalam bagasi tersebut yang boleh mengaitkannya dengan warganegara tempatan mahupun warga asing.
Sehubungan itu, pihak polis menggesa pemilik bagasi berkenaan untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi memberikan penjelasan berhubung kejadian tersebut.
Sebelum ini, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah digerakkan ke lokasi kejadian selepas mesin pengimbas dikesan memaparkan imej mencurigakan pada beg berkenaan, sebelum tindakan meneutralkan diambil demi memastikan keselamatan kawasan sekeliling.
Berita berkaitan
August 18, 2026, 8:11 pm
'Jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding' - Akmal Saleh
August 18, 2026, 7:00 pm
Penantian 25 tahun berakhir, isu loji kumbahan Taman Berlian akhirnya digerakkan
August 18, 2026, 4:50 pm
Barang kemas RM1.74 juta dilarikan penyamun di Genting Highlands
August 18, 2026, 4:10 pm
Ketukan misteri tengah malam di Langgar: Siapa pelakunya?
August 18, 2026, 3:47 pm
Kerajaan MADANI mula proses libat urus Belanjawan 2027, Anwar mahu dengar pandangan rakyat
August 18, 2026, 3:37 pm
Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi baharu MRT Corp
August 18, 2026, 3:18 pm
Kematian 'Rocky', warganet mahu 'pemilik' anjing juga didakwa di mahkamah
August 18, 2026, 3:14 pm
