Berita Berita
Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi baharu MRT Corp
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi baharu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), berkuat kuasa 13 Ogos lalu.
Pelantikan itu dibuat ketika MRT Corp memasuki fasa penting dalam melaksanakan mandatnya untuk membangunkan infrastruktur rel dan pembangunan bandar negara.
MRT Corp kini menerajui beberapa projek infrastruktur utama termasuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, selain memperkukuh pembangunan berorientasikan transit (TOD), pembangunan hartanah bersepadu serta penjanaan hasil komersial.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim, berkata pengalaman luas Wan Ahmad Dahlan dalam bidang pentadbiran awam, tadbir urus dan kepimpinan institusi dijangka memberi nilai tambah besar kepada syarikat.
“Pengalaman beliau akan membantu MRT Corp dalam melaksanakan projek infrastruktur utama negara serta memperkukuh peranannya memajukan agenda mobiliti dan pembangunan bandar di Malaysia.
“Kepakaran beliau dalam pengurusan institusi dan pelaksanaan dasar juga akan membantu MRT Corp memperkukuh keupayaan pelaksanaan serta memenuhi mandat sebagai pemangkin kelestarian bandar dan mobiliti rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Wan Ahmad Dahlan memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1995 dan mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
Selain itu, beliau turut pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Razak School of Government.
Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berita berkaitan
August 18, 2026, 8:11 pm
'Jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding' - Akmal Saleh
August 18, 2026, 7:00 pm
Penantian 25 tahun berakhir, isu loji kumbahan Taman Berlian akhirnya digerakkan
August 18, 2026, 4:50 pm
Barang kemas RM1.74 juta dilarikan penyamun di Genting Highlands
August 18, 2026, 4:10 pm
Ketukan misteri tengah malam di Langgar: Siapa pelakunya?
August 18, 2026, 4:02 pm
Misteri 'bagasi pink' cetus gempar di sempadan Bukit Kayu Hitam
August 18, 2026, 3:47 pm
Kerajaan MADANI mula proses libat urus Belanjawan 2027, Anwar mahu dengar pandangan rakyat
August 18, 2026, 3:18 pm
Kematian 'Rocky', warganet mahu 'pemilik' anjing juga didakwa di mahkamah
August 18, 2026, 3:14 pm
