TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pahang berjaya noktahkan miskin tegar

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 19 Ogos – Kerajaan Pahang berjaya menoktahkan status miskin tegar di negeri itu selepas kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan pada 15 Januari lalu berjaya dikeluarkan daripada kelompok berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu dicapai menerusi penyampaian pelbagai inisiatif, bantuan serta intervensi bersasar oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan.

"Lebih membanggakan, Pahang turut berjaya memangkas kadar kemiskinan sebanyak 30 peratus apabila 4,263 daripada 14,210 KIR berstatus miskin pada 5 Jun lalu berjaya keluar daripada kategori tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan penentuan status berkenaan dibuat mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menekankan bahawa data dalam Sistem eKasih bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut faktor sosioekonomi sesebuah isi rumah seperti perubahan pekerjaan atau pertambahan ahli keluarga.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan usaha pemantauan dan bantuan berterusan dapat diberikan untuk memastikan rakyat mampu berdikari serta menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

+ - reset