Berita Berita
Semakan gaji minimum penting pastikan pendapatan relevan dengan kos sara hidup - UNI-MLC
KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kajian semula Perintah Gaji Minimum yang sedang dilaksanakan kerajaan adalah langkah penting bagi menilai kesesuaian kadar gaji semasa dengan keperluan serta realiti kos sara hidup pekerja hari ini.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, penetapan gaji wajar mengambil kira peningkatan kos makanan, perumahan, pengangkutan dan pendidikan bagi memelihara kuasa beli golongan berpendapatan rendah.
"Persoalan utama isu gaji bukan sekadar angka pada slip, sebaliknya apa yang mampu dibeli dan sama ada ia mencukupi untuk keperluan asas keluarga. Apabila kos sara hidup berubah, nilai sebenar pendapatan juga berubah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memberi maklum balas berhubung langkah kerajaan menyemak semula kadar gaji minimum RM1,700 melalui Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara (MPGGN) berasaskan indikator seperti Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), gaji penengah, Indeks Harga Pengguna (IHP), produktiviti serta kadar pengangguran.
Mohamed Shafie menambah, semakan berkenaan bukanlah bermakna kadar gaji perlu dinaikkan secara automatik, sebaliknya menjadi ruang untuk kerajaan bersama wakil pekerja dan majikan menilai pelbagai indikator ekonomi.
Katanya, UNI-MLC bersedia memberikan kerjasama dan pandangan bagi memastikan dasar percukaian serta pasaran buruh negara kekal responsif demi menjamin kehidupan pekerja yang bermaruah.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 6:29 pm
Kisah pengorbanan pekerja pembersihan besarkan 5 anak sentuh hati PM
August 19, 2026, 6:18 pm
Diesel naik 20 sen, RON95 naik 15 sen
August 19, 2026, 6:11 pm
Saifuddin arah Imigresen beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut tiga beranak
August 19, 2026, 6:06 pm
Didakwa terima rasuah, Rafizi ambil tindakan saman Caprice
August 19, 2026, 3:37 pm
MYRIDERID percuma, PERKESO sedia identiti kecemasan digital untuk penunggang motosikal
August 19, 2026, 2:54 pm
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta
August 19, 2026, 2:10 pm
Kes Rocky: Bukan hanya Muhammad Shah akan didakwa esok, ada lagi beberapa pihak termasuk PBT - Polis
August 19, 2026, 1:38 pm
Dendam isu nombor ramalan motif wanita disimbah petrol, dibakar di Kepong
August 19, 2026, 1:21 pm
