Berita Berita
Peserta konvoi motosikal ke Thailand dinasihat fahami undang-undang tempatan, elak tindakan saman
KOTA BHARU, 19 Ogos – Peserta konvoi motosikal dari Malaysia yang mahu memasuki Thailand dinasihatkan agar mempelajari dan memahami undang-undang jalan raya negara berkenaan terlebih dahulu bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan atas kesalahan lalu lintas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pengguna jalan raya perlu menyedari bahawa peraturan keselamatan serta spesifikasi kenderaan di negara jiran tidak semestinya sama dengan undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia.
"Sebab itu apabila mahu memasuki negara orang, kita perlu belajar serta faham undang-undang negara berkenaan terlebih dahulu kerana dari sudut perundangan ia tidak sama.
"Contohnya dari segi pengubahsuaian motosikal, sesetengah ubah suai mungkin dibenarkan di negara kita, namun di sana kita tidak tahu sama ada ia dibolehkan atau sebaliknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular membabitkan sekumpulan peserta konvoi motosikal dari Malaysia yang dikenakan saman lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand baru-baru ini.
Mohd Yusoff menegaskan, mana-mana individu yang melancong ke luar negara wajib mematuhi peraturan tempatan, sepertimana pelawat asing yang tertakluk kepada undang-undang Malaysia apabila berada di negara ini.
Selain pematuhan undang-undang jalan raya, beliau turut mengingatkan pemilik kenderaan supaya memastikan semua dokumen perjalanan serta perlindungan insurans yang sah dilengkapi sepenuhnya sebelum melintasi sempadan negara.
Berita berkaitan
August 19, 2026, 6:29 pm
Kisah pengorbanan pekerja pembersihan besarkan 5 anak sentuh hati PM
August 19, 2026, 6:18 pm
Diesel naik 20 sen, RON95 naik 15 sen
August 19, 2026, 6:11 pm
Saifuddin arah Imigresen beri kerjasama penuh siasatan kemalangan maut tiga beranak
August 19, 2026, 6:06 pm
Didakwa terima rasuah, Rafizi ambil tindakan saman Caprice
August 19, 2026, 3:37 pm
MYRIDERID percuma, PERKESO sedia identiti kecemasan digital untuk penunggang motosikal
August 19, 2026, 2:54 pm
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta
August 19, 2026, 2:10 pm
Kes Rocky: Bukan hanya Muhammad Shah akan didakwa esok, ada lagi beberapa pihak termasuk PBT - Polis
August 19, 2026, 1:38 pm
Dendam isu nombor ramalan motif wanita disimbah petrol, dibakar di Kepong
August 19, 2026, 1:21 pm
