TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MAIS tunggu hasil siasatan kes amang seksual sekolah agama swasta di Selangor

By
|
Kongsi
image

KLANG, 20 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang menunggu hasil siasatan penuh daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan kes amang seksual yang melibatkan sebuah sekolah agama swasta berdaftar di negeri ini sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini belum menerima perincian terbaharu berhubung status siasatan tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa lain. Kita akan lihat sejauh mana tahap kesalahan tersebut sebelum tindakan sewajarnya diambil," katanya pada program agihan wang saku fidyah pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa, di sini hari ini.

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dilaporkan memberi amaran tegas kepada pihak pengurusan sekolah agama berdaftar susulan dakwaan salah laku amang seksual membabitkan seorang guru terhadap pelajar di institusi berkenaan.

Kes tersebut kini berada di bawah siasatan terperinci oleh pihak JAIS dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan tindakan undang-undang serta tatatertib dapat diambil.

+ - reset