Berita Berita
PH serah jawatankuasa bincang kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka - Anwar
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pakatan Harapan (PH) menyerahkan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada jawatankuasa khas yang telah dibentuk.
Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan berkenaan diketuai bersama oleh Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Itu memang (dibincangkan oleh) jawatankuasa biasa. Kita sudah ada Amirudin dan Saifuddin untuk bincang," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia 2026 di sini, hari ini.
Terdahulu, Saifuddin menyatakan keterbukaan PH untuk mengadakan rundingan bersama BN bagi menghadapi PRN Melaka, dengan keputusan lanjut bakal dimuktamadkan selepas perbincangan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diadakan.
Melaka dijangka mengadakan PRN tidak lama lagi susulan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berakhir pada penghujung tahun ini.
Berita berkaitan
August 20, 2026, 5:56 pm
JSPT beri amaran, lampu beacon, siren bukan tiket abaikan keselamatan orang awam
August 20, 2026, 3:00 pm
Kerjasama BN hadapi PRN Melaka diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO - Ahmad Maslan
August 20, 2026, 2:45 pm
Tun Mahathir bidas kenyataan Netanyahu nafi penubuhan negara Palestin
August 20, 2026, 2:40 pm
MAIS tunggu hasil siasatan kes amang seksual sekolah agama swasta di Selangor
August 20, 2026, 1:50 pm
