Berita Berita
Kerjasama BN hadapi PRN Melaka diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO - Ahmad Maslan
MELAKA, 20 Ogos – Keputusan Barisan Nasional (BN) sama ada akan bertanding secara solo atau menjalin kerjasama politik bersama Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 28 Ogos ini.
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat berkenaan dijadual membincangkan hala tuju strategik parti di Melaka secara terperinci, di samping meneliti perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan.
"Setakat ini belum ada keputusan muktamad berhubung hala tuju BN di Melaka dan perkara itu akan dibentangkan serta dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat MKT pada Jumaat depan," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan satu mesyuarat pemantauan projek di Seri Negeri, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menegaskan, fokus utama parti adalah memastikan kemenangan mutlak BN di Melaka, dan beliau yakin MKT akan membuat pertimbangan terbaik berasaskan keperluan serta landskap politik semasa negeri berkenaan.
Berita berkaitan
August 20, 2026, 5:56 pm
JSPT beri amaran, lampu beacon, siren bukan tiket abaikan keselamatan orang awam
August 20, 2026, 2:52 pm
PH serah jawatankuasa bincang kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka - Anwar
August 20, 2026, 2:45 pm
Tun Mahathir bidas kenyataan Netanyahu nafi penubuhan negara Palestin
August 20, 2026, 2:40 pm
MAIS tunggu hasil siasatan kes amang seksual sekolah agama swasta di Selangor
August 20, 2026, 1:50 pm
