TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Gali-gali rupanya ada yang menimbulkan keraguan' - Anwar arah siasatan anak syarikat Khazanah yang diragui tatakelola

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 20 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap mana-mana anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang disyaki mempunyai masalah tatakelola.

Beliau berkata, arahan itu dibuat selepas terdapat anak syarikat Khazanah yang ditubuhkan sejak 2012 dikesan menimbulkan keraguan berkaitan aspek tatakelola.

"Ada sejarah dirungkai baru-baru ini dilakukan Khazanah, tapi dalam gali-gali ini rupanya ada syarikat ditubuhkan sejak 2012 yang menimbulkan keraguan mengenai tatakelola.

"Apa keputusan saya, saya kata tidak kira walaupun Pengerusi Khazanah sekarang adalah Perdana Menteri, kalau ada pelanggaran tatakelola, siasat. Ini baru kita tegas," katanya.

Anwar berkata demikian ketika Sesi Temu Anwar bersama Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengakui pengurusan Khazanah ketika ini mengamalkan tatakelola yang baik.

Katanya, Mesyuarat Lembaga Khazanah yang diadakan di Bangunan UEM pagi tadi turut memutuskan supaya siasatan dijalankan terhadap sebarang aspek yang menimbulkan persoalan.

"Mesyuarat pagi tadi di Bangunan UEM, Mesyuarat Lembaga Khazanah memutuskan untuk siasat apa-apa aspek supaya kita bersihkan, walaupun dia (syarikat) itu warisan saki baki lama," katanya.

+ - reset