Berita Berita
Tun Mahathir bidas kenyataan Netanyahu nafi penubuhan negara Palestin
PUTRAJAYA, 20 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang bertegas menolak penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Sambil menyifatkan pemimpin rejim zionis itu tidak tahu berterima kasih, beliau menegaskan pendirian sedemikian tidak wajar timbul memandangkan kewujudan Israel sendiri terhasil selepas sebahagian wilayah Palestin dipisahkan.
"Ini adalah kenyataan yang paling tidak berterima kasih. Tiada Israel sebelum ini sehinggalah tanah Palestin dipisahkan untuk mewujudkan Israel," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, sifat berterima kasih jelas tidak wujud dalam diri pemimpin berkenaan mahupun dalam kalangan para penyokongnya.
Terdahulu, dalam mesyuarat Kabinet pada 9 Ogos lalu, Netanyahu menegaskan bahawa negara Palestin tidak akan dibenarkan terbentuk sama ada di Gaza mahupun di Tebing Barat sepanjang pentadbirannya.
Pendirian keras itu disuarakan ketika rejim zionis membincangkan perancangan masa depan Gaza, termasuk pelan damai berkaitan pentadbiran Amerika Syarikat (AS), selain menegaskan keengganan berundur dari wilayah berkenaan sehingga Hamas dilucutkan senjata sepenuhnya.
Berita berkaitan
August 20, 2026, 5:56 pm
JSPT beri amaran, lampu beacon, siren bukan tiket abaikan keselamatan orang awam
August 20, 2026, 3:00 pm
Kerjasama BN hadapi PRN Melaka diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO - Ahmad Maslan
August 20, 2026, 2:52 pm
PH serah jawatankuasa bincang kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka - Anwar
August 20, 2026, 2:40 pm
MAIS tunggu hasil siasatan kes amang seksual sekolah agama swasta di Selangor
August 20, 2026, 1:50 pm
