TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM dijangka buat pengumuman penting malam ambang merdeka, Hari Malaysia

By
|
Kongsi
image

KLANG, 20 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi negara menjelang sambutan malam ambang merdeka serta Hari Malaysia pada 16 September depan.

Beliau memaklumkan perkara tersebut bakal disusuli dengan beberapa lagi pengumuman lanjut pada pembentangan Belanjawan awal Oktober nanti.

"Saya akan mendengar dan meminta beberapa pandangan lain dikemukakan. Menjelang 31 Ogos ini, saya akan buat satu dua pengumuman penting bagi negara, kemudian pada 16 September di Kuching sempena Hari Malaysia dan seterusnya pada awal Oktober semasa Belanjawan," katanya pada sesi Temu Anwar sempena Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di sini, hari ini.

Mengulas soalan mengenai kebajikan dan jaminan kewangan belia dalam sektor ekonomi gig, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan sedang memperkukuh perlindungan menerusi penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) serta menggubal rang undang-undang baharu untuk perniagaan berskala kecil.

Selain itu, Anwar menyatakan komitmen kerajaan untuk mempermudah akses pembiayaan kepada graduan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, termasuk menyemak semula syarat kelayakan terdahulu yang memerlukan rekod perniagaan sedia ada.

+ - reset