Berita Dunia
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
WASHINGTON, 21 Ogos – Rumah Putih mendakwa Malaysia dan Indonesia antara lebih 40 negara yang dijadikan laluan transit bagi membantu China mengelak daripada dikenakan tarif import tinggi oleh Amerika Syarikat (AS).
Menerusi laporan setebal 24 halaman bertajuk The Great Transshipment Scam, Washington mendakwa China secara sistematik memindahkan produk ke negara ketiga untuk menukar label negara asal sebelum mengeksportnya semula ke pasaran AS yang mengenakan cukai import lebih rendah.
Pengarah Pejabat Dasar Perdagangan dan Pembuatan Rumah Putih, Peter Navarro berkata, amalan pemindahan barangan haram itu dianggarkan melibatkan nilai perdagangan antara AS$40 bilion (RM162 bilion) hingga AS$303 bilion (RM1.23 trilion), sekali gus mengakibatkan AS kehilangan hasil puluhan bilion dolar setiap tahun.
"Penipuan pemindahan barangan ini membolehkan China mengeksport keluar produknya melalui lebih 40 negara, yang bukan sahaja merugikan hasil negara malah menjejaskan pendapatan pekerja AS," katanya.
Laporan itu meletakkan Malaysia, Indonesia dan Vietnam dalam kategori Tahap 2, iaitu negara yang didakwa mempunyai jumlah pemindahan barangan tidak sah yang ketara serta memiliki integrasi rantaian bekalan dan logistik yang rapat dengan China.
Susulan itu, Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) kini mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Border Detective bagi mengesan kandungan produk serta memastikan pengisytiharan negara asal dibuat secara telus.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
