Berita Berita
'Influencer' permotoran antara lapan individu direman empat hari kes tutup lebuhraya untuk lumba haram
KULAI 24 Ogos - Seorang pempengaruh permotoran antara lapan individu yang dipercayai terbabit dalam video tular berkaitan perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua di sini, Sabtu lalu, direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman bermula hari ini hingga Khamis dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, trak polis yang membawa semua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Kulai pada jam 8.30 pagi.
Kesemua suspek memakai pelitup muka, manakala dua daripada mereka turut mengenakan ‘hoodie’ bagi mengelakkan wajah dirakam.
Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek ditahan pada jam 11.54 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Penahanan itu dibuat susulan penularan video berdurasi 33 saat yang memaparkan aksi dua penunggang motosikal dipercayai berlumba haram di lebuh raya berkenaan kira-kira jam 7 pagi.
Kejadian dipercayai berlaku dari Kilometer 33, susur Tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO).
Rakaman itu turut menunjukkan beberapa individu dipercayai ‘menutup’ laluan di lebuh raya bagi memberi ruang kepada perlumbaan tersebut berlangsung.
Selepas perlumbaan tamat, beberapa individu dilihat membakar mercun sebagai tanda meraikan kejayaan, manakala beberapa yang lain termasuk pempengaruh berkenaan dilihat berada di bahu jalan.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
MARA tubuh pasukan khas gerakkan agenda bina Hospital MARA - Asyraf Wajdi
August 24, 2026, 1:51 pm
Lebih 3,000 warga emas dikesan terbabit penyalahgunaan dadah separuh pertama tahun ini
August 24, 2026, 1:43 pm
JMF sertai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya buat julung kali
August 24, 2026, 1:38 pm
JAKIM guna AI percepat proses sijil halal, semakan dokumen tak lagi satu persatu
August 24, 2026, 1:27 pm
