Berita Berita
JMF sertai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya buat julung kali
PUTRAJAYA, 24 Ogos – Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) akan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini buat julung kalinya.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penglibatan JMF bersama aset ketenteraan serta kontinjen seramai 100 anggota merupakan antara kelainan utama yang ditampilkan pada sambutan tahun ini.
"Penyertaan JMF bersama aset dan kontinjen mereka menjadi antara keunikan yang membezakan sambutan kali ini berbanding tahun-tahun terdahulu," katanya pada majlis penyerahan sumbangan penaja kepada peserta Grafik Manusia di sini, hari ini.
Beliau berkata, persembahan grafik manusia di Dataran Putrajaya tahun ini bakal dijayakan oleh 1,500 pelajar dari 36 buah sekolah di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.
Fahmi turut memaklumkan, aset pertahanan dan keselamatan negara akan ditempatkan di lokasi khas seperti Dataran Floria, Monumen Alaf Baru dan Dataran Aman bagi membolehkan orang ramai melihat aset berkenaan secara lebih dekat.
Mengulas mengenai persiapan keseluruhan, beliau menyatakan tahap persediaan kini telah melepasi 70 peratus dan dijangka mencapai 80 hingga 90 peratus dalam tempoh beberapa hari lagi, selain prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kesihatan sedang dimuktamadkan susulan isu jerebu.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
MARA tubuh pasukan khas gerakkan agenda bina Hospital MARA - Asyraf Wajdi
August 24, 2026, 1:51 pm
Lebih 3,000 warga emas dikesan terbabit penyalahgunaan dadah separuh pertama tahun ini
August 24, 2026, 1:38 pm
JAKIM guna AI percepat proses sijil halal, semakan dokumen tak lagi satu persatu
August 24, 2026, 1:27 pm
