Berita Berita
Cikgu didakwa 'jual' RM1 pelajar perempuan tak turun solat Subuh di sebuah MRSM, Asyraf Wajdi arah siasat segera, sifatkan tindakan melampau jual maruah
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Dakwaan seorang guru di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pahang mengenakan hukuman terhadap pelajar dengan ‘menjual’ pelajar perempuan kepada pelajar lelaki mencetuskan perhatian selepas ia dikongsikan seorang pengguna Threads.
Pengguna Threads yang menggunakan nama Aramiyoz mendakwa menerima cerita berkenaan daripada kenalannya yang mempunyai ahli keluarga di MRSM Bentong.
Menurutnya, kejadian itu didakwa berlaku selepas pelajar dikenakan hukuman kerana tidak turun menunaikan solat Subuh.
Aramiyoz mendakwa guru berkenaan meletakkan harga RM1 bagi seorang pelajar perempuan sebelum meminta pelajar lelaki ‘membeli’ pelajar perempuan yang dikatakan dijual itu.
Beliau menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sesuatu yang memalukan dan didakwa boleh menjatuhkan maruah pelajar perempuan.
Aramiyoz turut mempersoalkan sama ada bentuk hukuman sedemikian ditetapkan oleh pihak MRSM dan meminta penjelasan mengenai kaedah didikan yang digunakan terhadap pelajar.
Beliau juga mendakwa terdapat beberapa kes melibatkan guru di MRSM Bentong yang didakwanya bermasalah, namun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan secara bebas.
Susulan dakwaan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata beliau sudah meminta pihak pengurusan menjalankan siasatan segera berhubung perkara berkenaan.
“Ini sudah melampau menjual maruah pelajar sebegitu sekali,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.
Beliau berkata, laporan hasil siasatan perlu dikemukakan kepadanya dan menegaskan sekiranya dakwaan itu benar, perkara tersebut tidak boleh dikompromikan.
“Insya-Allah siasatan secara adil dilakukan oleh pihak Pengurusan MARA,” katanya.
Asyraf Wajdi turut mengingatkan supaya tindakan yang diambil dalam mendidik pelajar tidak sehingga menganiaya mana-mana pihak.
Setakat ini, dakwaan mengenai bentuk hukuman berkenaan masih dalam siasatan pihak pengurusan MARA dan belum dapat dipastikan sama ada kejadian tersebut berlaku seperti yang didakwa.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
MARA tubuh pasukan khas gerakkan agenda bina Hospital MARA - Asyraf Wajdi
August 24, 2026, 1:51 pm
Lebih 3,000 warga emas dikesan terbabit penyalahgunaan dadah separuh pertama tahun ini
August 24, 2026, 1:43 pm
JMF sertai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya buat julung kali
August 24, 2026, 1:38 pm
JAKIM guna AI percepat proses sijil halal, semakan dokumen tak lagi satu persatu
August 24, 2026, 1:27 pm
