Berita Berita
Lebih 3,000 warga emas dikesan terbabit penyalahgunaan dadah separuh pertama tahun ini
HULU TERENGGANU, 24 Ogos – Seramai 3,229 warga emas berusia 60 tahun ke atas dikesan masih terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah di seluruh negara sepanjang separuh pertama tahun ini.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, penagih tertua yang direkodkan ialah seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang ditahan dalam operasi di Besut pada Jun lalu.
Menurut beliau, ketika serbuan dijalankan, individu berkerusi roda dan memakai lampin pakai buang itu mengakui gagal mengatasi ketagihan pil kuda yang dialaminya sejak lebih 35 tahun lalu.
"Jumlah penagih warga emas ini merangkumi 2.5 peratus daripada keseluruhan kira-kira 130,000 individu yang dikesan menyalahgunakan dadah sehingga Jun lalu. Bagaimanapun, angka ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,311 orang bagi tempoh sama tahun lalu," katanya selepas merasmikan Pejabat AADK Hulu Terengganu, hari ini.
Ruslin menambah, golongan belia dan dewasa berusia 31 hingga 59 tahun kekal mencatatkan penglibatan tertinggi dengan 92,590 orang atau 71.1 peratus daripada keseluruhan penagih, manakala penggunaan dadah sintetik seperti syabu, pil kuda dan ekstasi terus membimbangkan apabila melebihi 73 peratus.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
MARA tubuh pasukan khas gerakkan agenda bina Hospital MARA - Asyraf Wajdi
August 24, 2026, 1:43 pm
JMF sertai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya buat julung kali
August 24, 2026, 1:38 pm
JAKIM guna AI percepat proses sijil halal, semakan dokumen tak lagi satu persatu
August 24, 2026, 1:27 pm
