TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September

By
|
Kongsi
image

AYER KEROH, 24 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda Pas yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, kehadiran beliau bersama barisan kepimpinan sayap parti itu dibuat susulan jemputan rasmi daripada pimpinan Pemuda Pas, sekali gus menjadi platform pertemuan dan interaksi antara kedua-dua pihak.

"Saya sudah menyatakan komitmen untuk hadir ke muktamar berkenaan bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO selepas menerima jemputan daripada Pemuda Pas," katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada 10 September ini akan menumpukan kepada agenda persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, persidangan itu akan membuka ruang kepada para perwakilan mencadangkan idea terbaik bagi mengesyorkan teras utama yang wajar dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sebelum dibawa ke peringkat tertinggi parti.

+ - reset