Berita Berita
Gesel kemaluan pada belakang badan mangsa, lelaki Bangla ditahan disyaki cabul wanita dalam LRT
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki mencabul seorang wanita ketika berada dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen Setiawangsa, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 25 tahun dalam perjalanan dari Stesen Wangsa Maju menuju ke Stesen Pasar Seni.
Menurutnya, mangsa menyedari suspek menggeselkan kemaluannya pada bahagian belakang badan ketika tren melalui Stesen LRT Setiawangsa.
"Ketika tren melalui Stesen LRT Setiawangsa, mangsa berusia 25 tahun menyedari seorang lelaki menggeselkan kemaluannya pada bahagian belakang badannya.
"Suspek berjaya ditahan Polis Bantuan Prasarana di Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat lalu sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Anuar berkata, suspek berusia 43 tahun itu direman selama empat hari bermula Sabtu lalu hingga esok bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
MARA tubuh pasukan khas gerakkan agenda bina Hospital MARA - Asyraf Wajdi
August 24, 2026, 1:51 pm
Lebih 3,000 warga emas dikesan terbabit penyalahgunaan dadah separuh pertama tahun ini
August 24, 2026, 1:43 pm
JMF sertai sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya buat julung kali
August 24, 2026, 1:38 pm
