Berita Berita
Bidaan tongkat Abdul Hadi RM16,500 bukan kerana taksub tapi jadi peringatan hidup - Muqharabbin
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Lembah Pantai yang juga pendaki Everest negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menegaskan bidaan tongkat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bernilai RM16,500 dibuat bukan kerana ketaksuban, sebaliknya sebagai peringatan sepanjang hayat.
Beliau menjelaskan bahawa pemilikan tongkat kayu kemuning berukir parap 'TGHH' itu menjadi simbolik muhasabah diri bahawa kekuatan fizikal dan kudrat manusia tidak akan kekal selama-lamanya.
"Malam tadi menjadi saat bermakna kerana dapat menyumbang kepada parti selain berada dekat dengan seorang murabbi. Namun paling utama, tongkat ini menjadi ingatan keras bahawa suatu hari nanti kita juga akan tua dan bertongkat, maka gunakan usia dan kudrat yang ada untuk berjuang selagi mampu," katanya menerusi hantaran di media sosial.
Muqharabbin turut menepis dakwaan wujudnya elemen taksub kepada makhluk, sambil menegaskan penghormatan tertinggi manusia hanya layak diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Mengenai angka bidaan RM16,500 itu, beliau menyifatkannya sebagai nilai simbolik peribadi untuk sentiasa memelihara prinsip Islam, iman dan ihsan.
Terdahulu, lelongan tongkat berkenaan yang bermula pada harga bidaan RM2,500 diadakan sempena Majlis Makan Malam Amal Pas Melaka bagi mengumpul dana jentera parti mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 9:54 pm
UK gesa umat Islam kurangkan penggunaan air ketika wuduk, komuniti Asia ketika basuh beras
August 24, 2026, 9:03 pm
RM958 juta pelaburan filem, Anwar mahu suntikan lebih besar untuk industri kreatif
August 24, 2026, 5:02 pm
Alor Setar, Sungai Petani catat bacaan IPU tidak sihat
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
