Berita Berita
'Lakukan kesalahan kecil dihukum, curi berjuta-juta dibebaskan dan diberi jawatan tinggi' - Tun M sifatkan keputusan mahkamah di Malaysia 'pelik'
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan terlalu banyak perkara pelik sedang berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang menurutnya kebanyakannya tidak membawa kebaikan kepada umat manusia.
Menerusi hantaran di Facebook, Dr Mahathir berkata keadaan dunia yang bergolak ketika ini menyukarkan beliau untuk mengulas satu persatu pelbagai kejadian yang berlaku.
Menurutnya, Malaysia juga tidak terkecuali daripada perkara yang dianggapnya pelik, termasuk membabitkan keputusan dalam kes mahkamah.
“Dalam negara juga tidak banyak bezanya, terdapat banyak kes mahkamah. Keputusan yang pelik dibuat apabila orang yang melakukan kesalahan kecil dihukum, manakala mereka yang mencuri berjuta-juta dibebaskan dan dilantik ke jawatan tinggi.
“Pemimpin yang pelik memimpin banyak negara. Mereka juga membuat keputusan yang pelik.
“Begitulah keadaannya. Peristiwa berlaku tanpa henti namun, nampaknya tiada siapa yang mengambil berat,” ujarnya.
Tambahnya, dunia turut menyaksikan peperangan yang menurutnya tidak sepatutnya berlaku sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa, memusnahkan harta benda dan menyebabkan kerugian besar.
“Begitu juga sebuah negara diserang secara tiba-tiba dan pemimpinnya dibunuh sehingga mencetuskan peperangan.
“Kemudian negara yang menyerang melancarkan serangan bom dan roket, manakala negara yang diserang pula bertindak menyerang pangkalan milik pihak penyerang di beberapa negara,” ujarnya.
Dr Mahathir turut menyentuh konflik di Gaza dengan mendakwa serangan dan kemusnahan masih berterusan walaupun ketika tempoh gencatan senjata.
“Sehingga kini kira-kira 73,000 rakyat Gaza telah terbunuh manakala seluruh bandar Gaza musnah dan menjadi runtuhan.
“Seluruh bandar Gaza telah musnah dan menjadi runtuhan. Namun, rakyat Gaza masih berusaha untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
“Selain itu, terdapat peperangan antara Ukraine dan Rusia. Satu peperangan yang tidak masuk akal kerana Ukraine tidak mampu mengalahkan Rusia namun ribuan orang terkorban serta seluruh bandar musnah,” ulasnya.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 9:54 pm
UK gesa umat Islam kurangkan penggunaan air ketika wuduk, komuniti Asia ketika basuh beras
August 24, 2026, 9:03 pm
RM958 juta pelaburan filem, Anwar mahu suntikan lebih besar untuk industri kreatif
August 24, 2026, 5:02 pm
Alor Setar, Sungai Petani catat bacaan IPU tidak sihat
August 24, 2026, 4:46 pm
Bidaan tongkat Abdul Hadi RM16,500 bukan kerana taksub tapi jadi peringatan hidup - Muqharabbin
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
